suria

Korea Selatan Perkenal Kereta Api Ke-4 Terlaju Di Dunia

SEOUL: Korea Selatan pada Khamis telah memperkenalkan prototaip kereta api berkelajuan tinggi iaitu yang keempat terpantas di dunia yang boleh mencapai 430km/j.

Kereta api terpantas dunia kini dikuasai oleh Perancis, Jepun dan China.

Kereta api berkelajuan tinggi buatan Perancis boleh memecut sehingga 575km/j.

Korea Selatan pertama kali memperkenalkan kereta api berkelajuan tinggi berasaskan model Perancis pada 2004.

Dan enam tahun kemudian ia memperkenalkan versi baru buatan tempatan sepenuhnya yang boleh mencapai kelajuan sehingga 350km/j.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Korea Selatan, prototaip baru ini akan memulakan perkhidmatan sepenuhnya pada tahun 2016 atau 2017.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain