suria

Servis Teruk, Empat Operator Telefon Mudah Alih Disaman RM22.39 Juta

LAGOS, Nigeria: Nigeria mengenakan saman terhadap empat pengendali telefon mudah sebanyak AS$7.3 juta (RM22.39 juta) kerana kualiti perkhidmatan dan panggilan yang teruk di pasaran utama Afrika.

Suruhanjaya Komunikasi Nigeria, Reuben Munka pada Ahad berkata, kesemua Bharti Airtel Ltd. of India, Etisalat yang berpangkalan di Abu Dhabi, firma tempatan Globacom Ltd. and MTN Group Ltd yang berpangkalan di Afrika Selatan disaman.

Muoka dalam satu kenyataannya berkata, syarikat-syarikat berkenaan di saman berhubung prestasi pada Mac dan April.

Muoka berkata, operator telefon mudah alih menyediakan perkhidmatan yang teruk pada Januari dan Februari namun kesemuanya diberikan tempoh peluang.

Oktober lalu, pihak berkuasa memberi amaran kepada operator telefon mudah alih bahawa merek akan dikenakan saman sekiranya menyediakan perkhidmatan yang teruk. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain