suria

PM Israel Umum Tarikh Pilihan Raya Awal

JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Isnin menegaskan, beliau bercadang untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu pada 4 September depan.

Menurut jadual, pilihan raya akan datang sepatutnya berlangsung pada Oktober 2013.

"Ya kami akan mencadangkan 4 September sebagai tarikh pilihan raya umum," ujar Netanyahu selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet.

Spekulasi mengenai pilihan raya awal ini muncul selepas Netanyahu memenangi pemilihan pucuk pimpinan Parti Likud baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Suu Kyi Peroleh Pasport

Artikel Berikut

Artikel Lain