suria

PM Nepal Letak Jawatan Menjelang Akhir Bulan Mei

KATMANDU: Seorang pegawai dari parti pembangkang Nepal berkata Perdana Menteri akan meletakkan jawatan pada akhir bulan ini bagi membuka jalan untuk perlembagaan dan pilihanraya baru.

Bhim Rawal dari Parti Komunis Nepal (United Marxsis Lenin) pada Jumaat berkata Perdana Menteri Baburam Bhattarai dan pemimpin parti politik utama Nepal menandatangani perjanjian setelah diarahkan meletak jawatan.

Tetapi, Bhattarai akan membentuk kerajaan campuran baru untuk membantu draf perlembagaan baru dengan tarikh akhir 27 Mei.

Kemudian, Perdana Menteri baru akan menerajui kerajaan, yang akan akan mengadakan pemilihan dalam tempoh satu tahun.

Perlembagaan baru ini adalah sebahagian proses damai yang bermula pada tahun 2006 selepas pemberontak Mao melakukan pemberontakan bersenjata mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain