suria

Putin Letak Jawatan Pengerusi Parti Rusia Bersatu

MOSCOW: Perdana Menteri Rusia Vladmir Putin pada Selasa mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Rusia Bersatu.

Ia dilakukan bertujuan untuk menjaga popularitinya ekoran terdapat tuduhan mengatakan penipuan berlaku dalam pilihan raya Parlimen pada Disember lalu.

Putin yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 7 Mei ini, turut mengusulkan Presiden Rusia ketika ini, Dmitry Medvedev sebagai penggantinya.

Pemimpin berusia 59 tahun itu berkata, Medvedev merupakan sekutu lamanya yang mengetuai kempen parti tersebut pada pilihan raya Disember lalu.

Pada Selasa, Putin berkata amalan politik di negara itu tidak melarang presiden daripada menjadi ahli sesebuah parti tetapi presiden berperanan menyatukan semua kuasa politik demi kepentingan rakyat.

Katanya, Medvedev yang dijanjikan beliau jawatan sebagai perdana menteri perlu mengetuai parti tersebut sebelum menerajui kerajaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain