suria

Lelaki Gagal Curi Pesawat Yang Dirantai Di Landasan

COMPTON, (California): Pihak berkuasa berkata, seorang lelaki bersenjata cuba untuk mencuri sebuah pesawat kecil dari lapangan terbang Los Angeles, tetapi penerbangannya digagalkan oleh rantai YANG menghubungkan pesawat di landasan.

Menurut kenyataan seorang polis berpangkat sheriff berkata, Troy Daniel Long yang berusia 25 tahun cuba untuk mencuri pesawat Cessna 152 dengan dua tempat duduk pada Jumaat dari Lapangan Terbang Compton/Woodley, di mana lelaki terbabit pernah menjadi juruterbang terlatih.

Kakitangan lapangan terbang berkata, Long memasuki pejabat lapangan terbang dan cuba untuk mengambil kunci untuk beberapa pesawat, dan cuba mengacukan pistol terhadap sesiapa yang hendak menghalangnya.

Apabila timbalan tiba, mereka mendapati Long cuba untuk menghidupkan enjin tetapi pesawat tidak dapat ditongkah kerana terdapat rantai yang menariknya di bawah.

Dia diserahkan kepada pegawai FBI, yang disyaki atas cubaan untuk mencuri pesawat. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain