suria

Tiga Terbunuh, 13 Cedera Dalam Kemalangan Keretapi Di Jerman

BERLIN: Polis Jerman berkata seramai tiga orang terbunuh dalam kemalangan kereta api berhampiran Frankfurt.

Polis turut memaklumkan bahawa 13 orang mengalami kecederaan dan enam daripada mereka serius, apabila kereta api serantau berlanggar dengan kereta api pembinaan dan tergelincir, awal Jumaat.

Agensi berita Jerman melaporkan mangsa yang terkorban adalah konduktor kereta api penumpang dan dua pekerja binaan yang berada di tapak berhampiran bandar Muelheim.

Pihak berkuasa tidak mempunyai maklumat serta-merta terhadap punca berlakunya kemalangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain