suria

Sydney Perlu Lapangan Terbang Kedua - Ketua Qantas

MELBOURNE: Ketua Eksekutif Qantas Airways Alan Joyce berkata Sydney amat memerlukan lapangan terbang utama kedua.

"Kami percaya terdapat keperluan untuk lapangan terbang Sydney yang kedua. Kami menyokong langkah Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Persekutuan Anthony Albanese mengenai hal ini," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat.

Joyce berkata Sydney merupakan hab pengangkutan udara yang penting bagi Australia dan Qantas.

Komen beliau itu dibuat semasa terdapat perdebatan mengenai sama ada perlu dibina lapangan terbang kedua dalam lingkungan Sydney bagi mengurangkan tekanan di lapangan terbang sedia ada di Mascot.

Kerajaan persekutuan memilih tapak di Wilton, barat daya bandar berkenaan tetapi memerlukan sokongan kerajaan New South Wales sebelum sebarang kerja boleh bermula. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain