suria

Nelayan China Yang Ditahan Di Palau Bakal Dibebaskan

BEIJING: Seramai 25 nelayan warga China yang ditahan dan didakwa kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di Palau, sebuah pulau di perairan Pasifik bakal dibebaskan.

Xinhua News Agency pada Jumaat melaporkan, hakim di Palau membenarkan kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah dan akan membebaskan kesemua mereka pada 18 April ini.

Semua nelayan itu ditahan pada 31 Mac lalu selepas pihak berkuasa tempatan melepaskan beberapa tembakan di salah satu bot mereka, menyebabkan seorang rakan mereka terbunuh.

Seorang juruterbang warga Amerika Syarikat (AS) dan dua pegawai polis Palau menggunakan sebuah pesawat kecil cuba untuk mengesan beberapa bot nelayan yang hilang.

Pengawal Pantai AS menangguhkan pencarian itu pada minggu lepas.

Palau terletak kira-kira 800 kilometer timur Filipina. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain