suria

Polis Thailand Kenal Pasti Dalang Serangan Bom Di Yala, Hatyai

BANGKOK: Polis Thailand telah mengenal pasti satu kumpulan pemisah yang dipercayai menjadi dalang serangan bom di Yala dan Hatyai yang menyebabkan 14 orang terbunuh.

Akhbar tempatan, Bangkok Post melaporkan, kumpulan diketuai Sahudin Tohjehmah yang aktif di Ramandistrict, Yala, merupakan suspek serangan di kedua-dua wilayah tersebut, tiga hari lalu.

Polis percaya Hatyai akan terus menjadi sasaran serangan bom dan mengenal pasti empat kenderaan yang mungkin digunakan dalam serangan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain