suria

Pemimpin Venezuela Kembali Ke Cuba Untuk Rawatan Kanser

CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez berkunjung ke Cuba pada Sabtu untuk satu lagi rawatan susulan kanser, dan dikatakan akan berada di Havana selama beberapa hari dan kemudian pulang ke rumah.

Chavez menaiki jet presiden pada malam Sabtu diiringi oleh seorang anak perempuannya.

Pembantunya dan ketua-ketua tentera melihat beliau di lapangan terbang.

Semasa ucapan terdahulu kepada penyokongnya, beliau berkata bahawa dia akan ke Havana untuk pusingan kedua radiasi selepas pembedahan terkini untuk mengeluarkan tumor kanser yang kedua di kawasan pelvis.

Chavez mempunyai tumor lain yang dikeluarkan dari tempat yang sama pada bulan Jun.

Presiden berhaluan kiri berusia 57 tahun, yang memegang jawatan sejak tahun 1999, telah berikrar untuk mengatasi kanser bagi memenangi satu lagui pilihan raya dalam tempoh enam tahun pada pilihan raya 7 Oktober.

Chavez tidak dapt mengenal pasti jenis kanser, mahupun lokasi tepat di mana tumor itu terletak.

Beliau dikatakan memilih untuk menjalani rawatan di Cuba kerana ianya adalah tempat di mana kanser pada asalnya didiagnosis dan pembedahan beliau dijalankan.

Beliau kerap telah bertemu kawan karib Fidel Castro serta abangnya Presiden Raul Castro semasa menjalani rawatan.

Chavez berkata selepas pusingan kedua dengan lima sesi harian radiasi, beliau menjangka untuk kembali ke Caracas pada hari Rabu atau Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain