suria

Feri Karam Di Bangladesh: Jumlah Kematian Cecah 142 Orang

DHAKA: Pihak berkuasa berkata, jumlah kematian bagi kemalangan feri yang karam di Bangladesh meningkat kepada 142 orang selepas polis menjumpai tiga lagi mayat.

Ketua polis tempatan, Mohammad Shahabuddin Khan berkata, tiga mayat berkenaan dijumpai pada Jumaat, tiga hari selepas feri dua dek berlanggar dengan bot kargo dan kemudiannya karam di Sungai Meghna di selatan Dhaka.

Feri tersebut membawa lebih 200 penumpang dan karam pada selasa. Pihak berkuasa berkata, kira-kira 35 orang diselamatkan manakala media tempatan melaporkan 40 penumpang lagi berenang ke tebing sungai.

Kemalangan membabitkan feri sering berlaku di Bangladesh, sebuah negara yang mempunyai lebih 230 sungai. - AP

Artikel Lain