suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Afghanistan Marah AS Terbang Keluar Askarnya

KABUL: Penggubal undang-undang Afghanistan telah menyatakan kemarahan terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) yang menerbangkan askarnya yang dituduh membunuh 16 orang awam keluar dari negara itu ke Kuwait.

Mereka pada Khamis berkata askar terbabit perlu menghadapi keadilan di Afghanistan. Mereka menggesa kerajaan Afghanistan tidak menandatangani perjanjian yang mengawal kehadiran tentera AS di negara ini kecuali ianya berlaku.

Penggubal undang-undang Abdul Khaliq Balakarzai dari selatan wilayah Kandahar, tempat di mana pembunuhan berlaku mengatakan bahawa AS melakukan percubaan terbaik untuk menunjukkan kepada penduduk tempatan bahawa mereka mahu menghukumnya.

SEorang lagi penggubal undang-undang, Mohammad Naeem Lalai Hamidzai memberi amaran Afghanistan boleh bangkit dalam keadaan marah.

Askar itu diterbangkan keluar pada hari Rabu.

AS berkata perbicaraan di Afghanistan masih mungkin.

Artikel Lain