Serang Iran: Israel Dapat Jaminan AS - Dunia | mStar

Serang Iran: Israel Dapat Jaminan AS

WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, meninggalkan Washington dengan jaminan bahawa Amerika Syarikat bersedia mengambil tindakan ketenteraan bagi menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear tetapi bukan sekarang.

Netanyahu yang menemui Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton, menunjukkan kepada dunia bahawa kesabaran Israel semakin menghilang dan jika perlu akan melancarkan serangan bersendirian.

“Sebagai perdana menteri Israel, saya tidak akan membuarkan rakyat saya hidup di bawah bayangan kemusnahan. “Malangnya, program nuklear Iran terus bergerak. Israel sudah menunggu...untuk diplomasi berhasil, untuk sekatan berhasil. Kita tidak lagi mampu menunggu," katanya dalam ucaptama kepada 13,000 perwakilan persidangan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

Pada pertemuan di Rumah Putih sebelum itu, Obama memberi jaminan kepada Netanyahu bahawa beliau faham situasi yang dihadapi Israel.

Bagaimanapun, beliau percaya masih ada peluang untuk menyelesaikan perkara itu secara diplomasi dengan Iran walaupun terdapat spekulasi bahawa Israel akan melancarkan operasi ketenteraan yang berisiko tinggi dalam masa terdekat.

Walaupun tiada siapa tahu apa sebenarnya yang diperkatakan di sebalik pintu Oval Office, Obama dikatakan tidak setuju dengan Netanyahu bahawa Iran kini satu ancaman. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain