suria

Gillard Lantik Bekas Perdana Menteri New South Wales Sebagai Menteri Luar

SYDNEY: Perdana Menteri Australia Julia Gillard membawa masuk kembali ahli politik veteran, Bob Carr daripada persaraan dan menamakan beliau sebagai menteri luar negara, pada Jumaat, menggantikan saingan yang tidak berjaya mencabar beliau bagi jawatan tertinggi pada minggu lepas dalam penentuan nasib kepimpinan Parti Buruh.

Peletakan jawatan Kevin Rudd minggu lalu sebagai menteri luar memerlukan Gillard untuk merombak kabinet beliau.

Dalam proses itu beliau juga menurunkan pangkat Menteri Pengurusan Kecemasan Robert McClelland yang menyokong usaha Rudd untuk menggulingkan beliau.

Pelantikan Carr, bekas Perdana Menteri New South Wales, adalah mengejutkan.

Beliau bersara dari politik pada tahun 2005 dan berkata pada mulanya beliau terpaksa berfikir untuk kembali kepada perkhidmatan awam.

"Tetapi akhirnya, apabila perdana menteri sendiri bersuara, 'Adakah anda akan menjadi Menteri Luar Australia?' Saya tidak dapat berkata tidak," kata Carr.

Ramai pemerhati politik menjangkakan bahawa Menteri Pertahanan, Stephen Smith yang memegang jawatan menteri luar sebelum Rudd, akan diberi tugas tersebut.

Smith berkata beliau tidak kecewa, dan gembira untuk meneruskan peranan dalam bidang pertahanan.

"Saya tidak mempunyai hak untuk kecewa."

Rudd meletak jawatan sebagai menteri luar minggu lepas dan kemudian cuba untuk menggulingkan Gillard dalam pemilihan Parti Buruh pada hari Isnin.

Gillard, yang menggulingkan Rudd sebagai perdana menteri dua tahun yang lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain