suria

Polis Afghanistan Masih Rasuah Walau Reputasi Bertambah Baik

KABUL: Satu kaji selidik PBB telah mendapati bahawa lebih daripada separuh daripada rakyat Afghanistan yang disoal selidik melihat polis negara mereka terlibat dengan rasuah, walaupun reputasi mereka secara keseluruhan bertambah baik.

Kaji selidik yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan hanya 20 peratus daripada mereka yang berfikir bahawa polis bersedia untuk menurut perintah tanpa tentera antarabangsa.

Kurang daripada satu perempat mahu pasukan tentera NATO untuk meninggalkan serta-merta.

Menambah polis dan tentera Afghanistan merupakan kunci kepada perancangan NATO untuk meningkatkan keselamatan menjelang akhir 2014.

Tetapi masalah-masalah masih berterusan, termasuklah rasuah dan buta huruf.

Namun, dalam tinjauan tahunan peratusan orang yang menganggap polis Afghanistan terlibat rasuah menurun sebanyak tujuh mata berbanding tahun lalu.

NATO berkata 'trend' tersebut bergerak dalam arah yang betul.

Kaji selidik lebih yang dijalankan terhadap lebih 7,000 warga Afghanistan mempunyai margin kesilapan sebanyak 1.6 mata peratusan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain