suria

SAP Buka Pusat Penyelidikan Di Singapura

SINGAPURA: SAP Research Centre and Living Lab dibuka di sini untuk memberi tumpuan kepada penyelesaian logistik dan bandar yang Menteri Perdagangan dan Industri Teo Ser Luck berkata, akan melengkapkan kepakaran Singapura dalam bidang itu.

Beliau berkata ia juga akan membolehkan sektor-sektor industri menangani dengan lebih baik kerumitan yang semakin meningkat dalam keperluan perniagaan dan bagi mendapat nilai yang lebih besar daripada jumlah data yang dijana.

"Pusat ini amat penting kerana ia akan menjadi salah satu pusat penyelidikan terbesar di peringkat global bagi SAP, serta satu daripada pusat penyelidikan terbesar yang syarikat IT utama ditubuhkan di Singapura," katanya pada majlis perasmian pada Isnin.

Beliau berkata langkah SAP mengesahkan peranan Singapura sebagai hub di mana syarikat-syarikat boleh berinovasi serta menjadi rakan kongsi yang menambah nilai yang membantu menterjemahkan idea kepada realiti, mencipta produk dan perkhidmatan baru untuk dunia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain