suria

Singapura Bebaskan Sembilan Tahanan ISA

SINGAPURA: Lapan orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan selepas Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura membenarkan Perintah Sekatan terhadap mereka diluputkan.

Dalam satu kenyataan, MHA berkata perintah itu boleh diluputkan memandangkan mereka memberi kerjasama dan responsif kepada usaha pemulihan.

Perintah terhadap enam anggota rangkaian pengganas Jemaah Islamiyah (JI), seorang individu yang bertindak radikal dan seorang yang bersimpati dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dibenarkan berbuat demikian antara 8 Nov, 2011 sehingga Khamis.

Perintah berkenaan terhadap anggota JI Muhammad Amin Mohamed Yunos dan Muhammad Arif Naharudin luput pada 8 Nov, 2011, manakala perintah terhadap Adnan Musa, Andrew Gerard, Fathi Abu Bakar Bafana dan Halim Hussain luput pada 5 Jan 2012.

Perintah sekatan terhadap individu yang bertindak secara radikal Mohammad Taufik Andjah Asmara lupt pada 4 Dis, 2011 dan bagi Faizal Khan Gulam Sarwar yang bersimpati terhadap MILF pula luput pada Khamis.

Secara berasingan, MHA membebaskan Muhammad Zamri Abdullah atas perintah itu yang berkuatkuasa 5 Dis, 2011.

Zamri, yang ditahan di bawah ISA pada Dis 2007, telah bekerjasama semasa disiasat dan membuat beberapa kemajuan semasa pemulihan.

Oleh itu, MHA berkata dia didapati tidak mendatangkan ancaman terhadap keselamatan yang memerlukan tahanan pencegahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain