suria

Satu Daripada Tiga Warga Korea Yang Diculik Dibebaskan

MANILA: Polis mengesahkan bahawa seorang ahli perniagaan Selatan Korea yang diculik di selatan negara itu bagi mendapatkan wang tebusan telah dibebaskan.

Jurucakap polis, Agrimer Cruz berkata, pasukan tentera menjumpai Choi Inn-so ditinggalkan oleh penculik terbabit di wilayah Lanao del Sur dan beliau telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap pula melaporkan Kementerian Luar negara terbabit memberitahu, Choi telah memaklumkan bahawa dua lagi ahli perniagaan yang diculik juga telah dibebaskan.

Ketua Polis Daerah, Jufel Adriatico bagaimanapun berkata, pihaknya masih menjalankan usaha untuk mengesan dua lagi mangsa berkenaan.

Semua mangsa dilaporkan hilang bersama pemandu arah warga Filipina pada 21 Oktober lalu apabila tidak kembali ke hotel selepas memeriksa projek perlombongan. - AP

Artikel Lain