suria

Lelaki Tinggalkan Wang RM3.17 juta Didakwa

SYDNEY: Seorang lelaki yang ditahan berhubung satu bagasi berisi wang tunai 1 juta Australia (RM3.17 juta) yang ditinggalkan di sebuah kafe didakwa atas tuduhan melakukan serangan dan menjalankan urusan dengan wang hasil jenayah.

Perkara itu disahkan oleh pihak Polis New South Wales, namun mereka tidak menyatakan sumber wang tersebut diperoleh.

Pekerja di Cafe Marco sebelum ini berkata, bagasi tersebut ditinggalkan oleh seorang lelaki yang kelihatan gelisah, dan mereka bimbang sekiranya ia berisi bom.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak polis, lelaki itu yang berusia 49 tahun ditemui dalam keadaan kebingungan pada Selasa.

Dia yang dibawa ke hospital tempatan kemudiannya menyerang tiga pegawai polis yang mengakibatkan kecederaan ringan. - AP

Artikel Lain