suria

Masalah Tanah: 4 Sekeluarga, Rakan Mati Ditembak

MANILA: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati empat sekeluarga dan rakan mereka di selatan Filipina ekoran masalah pertikaian tanah, kata pegawai polis dan tentera, pada Ahad.

Jurucakap tentera tempatan berkata, lima lelaki bersenjata itu memecah masuk sebuah rumah milik keluarga petani itu di Pulau Mindanao pada lewat semalam dan menembak mati pasangan suami isteri, kedua-dua anaknya serta rakan mereka.

“Mangsa-mangsa tersebut ditembak mati dan salah satu motif pembunuhan disebabkan oleh pertikaian tanah,” kata Kolonel Noel de la Cruz tanpa menerangkan lebih lanjut lagi. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain