suria

San Francisco Lantik Datuk Bandar Pertama Berketurunan Asia

SAN FRANCISCO: Seorang pegawai Amerika Syarikat berketurunan Cina dilantik menjadi Datuk Bandar pada Rabu, sekaligus menjadikannya pemimpin berketurunan Asia pertama memimpin bandar tersebut.

Ed Lee menerima undian sebanyak 61 peratus selepas kiraan undi tahap kedua dibuat, mengalahkan dua calon lain dalam satu sistem pengundian.

Beliau memerlukan jumlah undian sebanyak 50 peratus dengan sekurang-kurangnya satu undian lebih untuk mendapat kemenangan namun ia tidak berlaku dalam kiraan pertama.

"Pengundi di San Francisco memberi masa empat tahun untuk apa yang sedang kita lakukan iaitu mencipta peluang pekerjaan dan penyatuan yang lebih," kata Lee selepas keputusan diisytiharkan.

"Saya akan melakukan yang terbaik untuk terus menyatukan bandar ini," katanya.

Komuniti warga Amerika berketurunan Cina di bandar itu membentuk jumlah sebanyak 21 peratus dan mempunyai kuasa di dalam pentadbiran tempatan namun ia adalah kali pertama warganya yang berketurunan Asia dilantik menjawat jawatan utama di bandar tersebut.

Lee merupakan seorang pegawai pentadbiran yang tidak popular sebelum dilantik menjadi Datuk Bandar sementara pada Januari 2011 oleh Datuk Bandar ketika itu, Gavin Newsom yang perlu melakukan kempen politik di seluruh negara. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain