suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berlusconi Bersetuju Untuk Berundur

ROME: Silvio Berlusconi pada Rabu berkata beliau akan berundur sebagai Perdana Menteri Itali sebaik saja pembaharuan utama bagi menangani krisis ekonomi diterima bulan ini selepas pakatan yang diterajuinya kehilangan majoriti di Parlimen.

“Selepas menerima pakai kestabilan undang-undang yang mengandungi hak membuat keputusan oleh zon Eropah, saya akan meletak jawatan," katanya kepada rangkaian Canale 5. Berlusconi berkata, Presiden Itali, Giorgio Napolitano dijangka akan membubarkan Parlimen, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya umum lebih awal. Perdana Menteri Itali yang mengalami krisis rentetan skandal terhadapnya sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan selama dua dekad kelihatan terperanjat dengan keputusan undi Parlimen dan memaksanya untuk meletak jawatan susulan masalah hutang di negara itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain