suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

16 Mati Dalam Rempuhan Di Bandar 'Suci' India

NEW DELHI: Perhimpunan agama di bandar 'suci' Haridwar bertukar menggerunkan bila 16 orang dilaporkan terbunuh dan ramai yang lain cedera dalam rempuhan manusia pada Selasa. Kejadian berlaku bila kumpulan manusia yang ramai berhimpun di sebuah asrama untuk menyertai "yagna" (upacara pemujaan) bagi memperingati ulang tahun ke seratus seorang tokoh agama mereka.

"Rempuhan berlaku bila seorang wanita tua masuk ke celah-celah himpunan orang ramai.

"Keadaan jadi kelam kabut bila ada orang jatuh dan menghempap satu sama lain. Yang mati 14 wanita dan dua lelaki," kata Harbir Singh, seorang majistret bahagian kecil tempatan kepada pemberita di tempat kejadian - kira-kira 220 km dari Delhi. Sekurang-kurangnya 40 dipercayai cedera dalam kejadian itu yang tidak dapat dikawal ekoran bilangan yang begitu ramai datang melakukan pemujaan ke bandar itu. Menurut media tempatan pengikut-pengikut Pandit Shreeram Sharma, seorang mahaguru India, merempuh pintu masuk asrama, yang terletak di tebing Sungai Ganges. Hampir setengah juta pemuja berhimpun di pesta "Gayatri Mahakumbh" di Chandidweep di Haridwar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain