suria

Doktor Murray Didapati Bersalah Sebabkan Kematian Jacko

LOS ANGELES: Doktor peribadi kepada Michael Jackson, Conrad Murray pada Selasa didapati bersalah kerana menyebabkan kematian raja pop itu pada Jun 2009 lalu.

Sebaik mahkamah memberikan keputusan juri itu, sanak saudara dan kenalan Michael kedengaran berteriak gembira dengan sesetengahnya menangis di luar mahkamah.

Keputusan itu diumumkan selepas mahkamah bersidang selama enam minggu.

Keluarga Michael yang diketuai ibunya, Katherine dan ayahnya Joe berada di dalam mahkamah untuk mendengar keputusan berkenaan dengngan anggota media dan peminat Michael berkerumun di luar.

Murray berdepan penjara empat tahun dan dia juga bakal menghadapi penggantungan daripada menjalankan khidmat perubatan.

Murray menghadapi didapati bersalah kerana memberi ubat propofol berlebihan sebagai membantu raja pop itu tidur di kediaman penyanyi itu di Los Angeles selepas berlatih untuk konsert baru di London.

Sejak Mahkamah Tinggi Los Angeles memulakan perbicaraan pada 27 September lalu, seramai 49 saksi terbabit - 33 saksi untuk pendakwaan manakala 16 saksi pembelaan.

- AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain