suria

Serangan Bom Berhampiran Lapangan Terbang Herat

HERAT (Afghanistan): Dua penyerang berbalas tembakan dengan tentera Afghanistan selepas seorang pengebom berani mati meletupkan diri berhampiran lapangan terbang Herat pada Khamis, kata sumber rasmi.

Jurucakap polis wilayah, Noor Khan Nekzad berakata lelaki bersenjata memasuki sebuah pejabat milik syarikat yang menguruskan logistik dan tentera negara asing.

"Terdapat serangan bom berani mati yang diikuti dengan sedrangan dulakukan dua lelaki bersenjata di premis tersebut," kata jurucakap wilayah, Mohayddin Noori.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan kejadian namun tidak mempunyai maklumat lanjut mengenainya.

Seorang saksi yang enggan dinamakan memberitahu pemberita melihat beberapa orang tercedera dipindahkan selepas berlakunya serangan. -AFP

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Mexico

Artikel Lain