suria

Qantas Akan Turun Harga Tiket Untuk Yakinkan Penumpang

SYDNEY: Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways bercadang untuk menurunkan harga tiket dalam usaha mereka menarik pelanggan selepas ia menggantung seluruh operasinya selama 48 jam, lapor sebuah akhbar tempatan pada Selasa.

Qantas menyebabkan kekecohan di kalangan pengembara antarabangsa hujung minggu lepas dan menyebabkan hampir 70,000 penumpang terkandas dan marah di atas tindakannya menangani mogok yang dilakukan pekerja.

Namun taktik tersebut merosakkan jenama Qantas dengan ramai penumpang yang marah berjanji tidak akan menggunakan khidmat syarikat tersebut dan memaksa Qantas melakukan sesuatu untuk mendapatkan semula keyakinan pelanggan terutamanya untuk penerbangan musim Krismas dan tahun baru akan datang.

"Qantas akan memotong harga seluruh penerbangan domestik dan antarabangsanya, menawarkan promosi khas dan akan membuat satu kempen iklan paling besar dalam sejarahnya untuk menambat semula hati pelanggan menjelang musim perayaan Krismas yang sibuk ini," kata Australian Financial Review.

Qantas juga akan membuat ukuran sementara untuk menggandakan kadar mata penerbangan kerap, kata akhbar tersebut dalam laporannya. -REUTERS

Artikel Lain