suria

Perkhidmatan Monorel Arafah-Mina Siap Sepenuhnya

MEKAH: Sistem monorel Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (Mekah Metro) kini siap sepenuhnya bagi membawa jemaah haji antara Arafah dan Mina.

Penolong Pengurus Stesen Arafah I, Yuszaini Mohd Yusop, berkata pada musim haji tahun lepas, perkhidmatan itu beroperasi hanya 35 peratus.

"Perkhidmatan tren ini adalah bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang sering berlaku pada setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf,” katanya kepada Bernama di sini.

Wukuf iaitu satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap anggota jemaah, pada tahun ini ialah pada 5 Nov bersamaan 9 Zulhijjah.

Jemaah dengan berpakaian ihram akan bergerak dari Mekah menuju ke Padang Arafah pada 4 Nov dan bermalam di sana.

Yuszaini adalah seorang daripada 146 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang dipinjamkan bertugas dengan Mekah Metro.

Sistem monorel itu mempunyai sembilan stesen melibatkan tiga lokasi utama iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina (setiap tempat mempunyai tiga stesen), dengan jarak 20 km. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain