suria

Gaddafi Dikebumi Dilokasi Rahsia

TRIPOLI: Jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, demikian menurut pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan pada Isnin.

Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu.

"Dia akan dikebumikan esok (hari ini) dalam majlis yang ringkas dengan dihadiri oleh ulama. Ia satu lokasi tidak diketahui di kawasan gurun terbuka.

"Tiada persetujuan dicapai antara kumpulan sukunya untuk mengambil jenazah (Muammar),” katanya pegawai itu kepada Reuters menerusi telefon.

Ditanya jika anak lelaki Muammar, Mo’tassim akan dikebumikan pada upacara yang sama, pegawai itu berkata: “Ya.” —REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain