suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berjuta Lebah Terlepas Atas Jalan Raya

SALT LAKE CITY (Amerika Syarikat): Sebuah trak membawa berjuta ekor lebah terbalik di selatan Utah dan pihak berkuasa sedang berusaha menangkap kawanan serangga berbahaya tersebut.

Berita tempatan mengatakan traktor tersebut sedang membawa lebih kurang 25 juta ekor lebah apabila ia terbalik di St. George pada petang Ahad.

Punca bagaimana lebah tersebut terlepas masih tidak diketahui namun pihak polis sedang merujuk kepada Jabatan Pertanian Utah untuk memastikan bagaimana untuk menangkap semula atau memusnahkan serangga tersebut.

Laporan berita televisyen tempatan menyebut bahawa pemandu trak tersebut dan seorang penumpang di bawa ke hospital kerana mengalami kecederan yang disebabkan oleh serangga tersebut.

Pihak berkuasa menasihati supaya pemandu di kawasan tersebut menutup cermin kenderaan ketika memandu.

Kemalangan itu juga menyebabkan jalan I-15 ditutup beberapa jam pada malam Ahad. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain