Peniaga Sarang Burung Lega Najib Tangani Segera Isu Dengan China - Dunia | mStar

Peniaga Sarang Burung Lega Najib Tangani Segera Isu Dengan China

NANNING: Persatuan Peniaga Sarang Burung Johor melahirkan kelegaan mereka selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan segera menangani isu larangan yang dikenakan oleh China terhadap import sarang burung mentah dari Malaysia.

Presidennya, Gan Tiong Huat berkata larangan itu adalah disebabkan salah faham kerana sarang burung Malaysia telah memenuhi semua standard kesihatan dan tidak mempunyai kandungan nitrat yang tinggi seperti yang didakwa.

Sebaliknya beliau berkata ia adalah sarang burung yang diseludup ke China dari negara-negara lain tetapi dijenamakan seolah-olah ia datang dari Malaysia, yang telah memberikan nama buruk kepada negara.

"Suatu yang baik kerajaan menangani isu tersebut dan saya berharap ia akan diselesaikan segera," katanya semasa ditemui di gerai pameran Yi Zhen Bird's Nest Sdn Bhd di Ekspo China-Asean Ke-8 (CAEXPO 2011), yang sedang berlangsung di sini.

Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar sarang burung selepas Indonesia. Menurut perangkaan rasmi, 80 peratus daripada sarang burung di pasaran China datang dari Malaysia.

Najib, yang mengunjungi Bandar Raya Hijau China ini untuk merasmikan bersama CAEXPO 2011 pada Jumaat lepas, telah membangkitkan isu kandungan nitrat itu kepada rakan sejawatannya, Wen Jiabao.

Beliau memberitahu pemberita sejurus sebelum berangkat pulang bahawa sekiranya larangan itu diteruskan, ia akan melumpuhkan satu daripada industri besar di Malaysia dan menjejaskan lebih 50,000 pengusaha, terutamanya di kawasan luar bandar, termasuk Bumiputera.

"Saya telah merayu agar satu penyelesaian di cari secepat mungkin," kata beliau sambil menambah Perdana Menteri China itu telah bersetuju untuk melihat perkara ini. Najib juga memutuskan Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai melawat China dengan segera untuk mencari penyelesaian segera bagi isu ini.

Gan berkata Yi Zhen telah lama menghasilkan sarang burung di Batu Pahat, Johor, dan meneroka ke pasaran China kira-kira dua, tiga tahun lepas untuk memanfaatkan pasaran dengan jumlah penduduk 1.4 bilion itu.

Kira-kira 80 peratus pengeluaran sarang burung syarikat itu dieksport ke China dan ia dijual oleh rangkaian pengedarnya yang besar.

Pasaran eksport Yi Zhen yang lain termasuk Singapura, Taiwan dan Vietnam.

Bagi CAEXPO 2011, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) turut membawa beberapa pengeluar sarang burung diproses dan mentah lain termasuk Billion Success World Sdn Bhd, Sari Walit Sdn Bhd dan Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pemandu Langgar Kanak-Kanak China Didakwa

Artikel Berikut

Angka Korban Gempa Turki Dijangka Meningkat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain