suria

Ketua Media Al-Qaeda Yaman Terbunuh

SANAA: Ketua media Al-Qaeda cawangan Yaman bersama enam pejuang militan yang lain dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera Amerika.

Kementerian Pertahanan Yaman dalam satu kenyataannya pada Sabtu berkata, Ibrahim al-Bana yang dilahirkan di Mesir bersama enam militan, terbunuh di Wilayah Shabwa di barat daya negara itu, malam tadi.

Pegawai keselamatan berkata, serangan sebelum subuh tentera udara Amerika itu adalah masuk malam kelima dengan sasaran markas rangkaian Al-Qaeda di sekitar Shabwa yang bersempadan dengan Wilayah Abyan.

Artikel Lain