suria

Ban Sambut Baik Tindakan Myanmar Bebas Tahanan Politik

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyambut baik keputusan Myanmar untuk membebaskan kira-kira 200 tahanan politik termasuk beberapa tokoh penentang kerajaan.

Bagaimanapun, beliau menggesa pembebasan segera dilakukan terhadap sekurang-kurangnya 2,000 lagi tahanan politik yang masih meringkuk di dalam penjara.

Nasib tahanan politik di Myanmar mencetuskan kebimbangan di kalangan negara barat yang mengenakan beberapa sekatan ke atas negara itu.

Jurucakap Ban, Martin Nesirky berkata, beliau berharap kerajaan akan memastikan tindakan itu merupakan langkah awal dalam memastikan pembebasan segera turut diberikan kepada tahanan lain.

Antara yang dibebaskan adalah Zarganar, pelawak yang dipenjarakan kerana mengkritik tentang junta tentera.

Beliau dibebaskan dari tahanan di Myitkyiha, Kachin.

Turut dibebaskan, Jeneral Hsay Htin, pemimpin Tentera Negeri Shan, Hsay Htin yang dihukum penjara 160 tahun di penjara Rakhine.

Namun, bilangan yang dibebaskan hari ini tidak sebanyak yang diharapkan oleh beberapa pihak.

Proses pengampunan itu hadir selepas langkah-langkah luar biasa diambil dalam beberapa bulan lalu, termasuk pelonggaran kawalan ke atas media dan dialog lanjutan dengan pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anak Gaddafi Ditangkap Di Sirte

Artikel Lain