Demonstrasi anti-Wall Street Masuk Minggu Kedua - Dunia | mStar

Demonstrasi anti-Wall Street Masuk Minggu Kedua

NEW YORK: Kira-kira 500 orang ditahan kerana mengganggu lalu lintas ketika mengadakan demonstrasi membantah terhadap penggunaan kekerasan dan layanan tidak adil kepada golongan minoriti termasuk penganut Islam yang dikenali sebagai anti-Wall Street, di sini Ahad. Penahanan itu berlaku apabila sekumpulan penunjuk perasaan berpecah daripada kumpulan utama pergerakan Occupy Wall Street yang mengadakan demonstrasi itu termasuk membantah rampasan kediaman dan pengangguran yang tinggi, yang masuk minggu kedua, dan bergerak menuju ke arah Brooklyn. ''Lebih 500 orang ditangkap di Jambatan Brooklyn petang ini (Ahad) selepas polis memberikan amaran tidak membenarkan sesiapa memasuki laluan pejalan kaki. ''Ada sebahagian penunjuk perasaan mematuhi amaran dan tidak ditahan, manakala sebahagian lagi bertindak memasuki laluan kereta dan mereka ini telah ditangkap,'' kata jurucakap polis. Jambatan Brooklyn yang terpaksa ditutup selama sejam ekoran kejadian itu, dibuka semula pada pukul 8.05 malam waktu tempatan.

Demonstrasi tersebut bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang (3.30 pagi waktu Malaysia) dari Zuccotti Park, Manhattan yang dijadikan pusat kem oleh penunjuk perasaan. Minggu lalu, polis menahan kira-kira 80 anggota Occupy Wall Street berdekatan Union Square ketika penunjuk perasaan menghalang lalu lintas. -Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Belas Maut Di Hab Pelancongan Mexico

Artikel Berkaitan

Artikel Lain