suria

Penduduk Singapura Kini 5.18 Juta

SINGAPURA: Singapura kini mempunyai 5.18 juta penduduk, bertambah 2.1 peratus dari tahun sebelumnya.

Mengikut laporan Population Trends 2011 yang dikeluarkan di sini Rabu, angka itu meliputi 3.79 juta warga negara Singapura, 530,000 pemastautin tetap dan 1.39 warga asing bukan pemastautin.

Kaum Cina merangkumi 74 peratus daripada penduduk Singapura, diikuti Melayu sebanyak 13 peratus dan India 9.2 peratus, kata laporan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Palestin Masih Perlukan 9 Undi

Artikel Lain