suria

Makan Daging Harimau Bintang, 15 Penduduk Kampung Didakwa

KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk sebuah kampung di Nepal termasuklah seorang kanak-kanak berusia 14 tahun ditahan kerana memakan daging seekor harimau bintang di atas kepercayaan amalan itu dapat mengelakkan mereka menghadapi penyakit gaut, demikian menurut sumber rasmi pada Rabu.

Sekumpulan penduduk itu mendakwa mereka menjumpai haiwan tersebut mati berhampiran sebuah kuil berdekatan kampung mereka, kata seorang pegawai perhutanan, Hari Paudel kepada pemberita.

"Mereka didakwa atas kesalahan memakan daging haiwan terancam. Menurut undang-undang, mereka harus melaporkan pejabat perhutanan daerah apabila menjumpai haiwan yang cedera atau mati," katanya.

"Salah seorang daripada mereka mempunyai gaut dan dia percaya akan sembuh dengan memakan daging itu manakal yang lain pula berharap ia dapat menghindari mereka daripada mendapat gaut."

"Kami makan daging harimau bintang yang mati yang kami jumpai berdekatan kampung dengan mempercayai ia adalah ubat penyembuh. Kami tidak sedar ia adlah salah di sisi undang-undang," kata salah seorang daripada tertuduh.

Harimau bintang Nepal diklasifikasikan sebagai haiwan terancam oleh International Union for Conservation of Nature.

Polis menyerbu kediaman mereka selepas menerima maklumat daripada pemberi maklumat dan menjumpai kulit dan tulang haiwan tersebut.

Kesemua tertuduh yang ditangkap pada Ahad menghadapi hukuman denda maksima sebanyak RM360 dan dua tahun penjara jika disabitkan kesalahan, kata Paudel. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Palestin Masih Perlukan 9 Undi

Artikel Lain