suria

Letupan Lombong Arang Batu: Dua Maut, 11 Dilaporkan Hilang

BOGOTA: Dua maut dan kira-kira 11 orang dilaporkan hilang dalam letupan yang berpunca daripada kebocoran gas metana ketika kejadian di lombong arang batu utara Colombia, pagi Khamis.

Letupan itu menggegarkan lombong berkenaan yang dikenali El Diamante, di bandar Socha, wilayah Boyaca menyebabkan dua maut, dua cedera dan 11 lagi dilaporkan hilang.

Setakat ini, lebih 30 orang dilaporkan maut dalam nahas di lombong arang batu di Colombia. Presiden Juan Manuel Santos berusaha meluaskan kegiatan perlombongan sebagai teras utama perkembangan ekonomi Colombia. - AFP

Artikel Lain