suria

PM Singapura Beri Amaran Risiko Terjerumus Kembali Kepada Kemelesetan Global Kedua

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata ekonomi global berdepan masalah besar dan dalam tempoh jangka pendek, terdapat risiko ia akan terjerumus kembali kepada kemelesetan global kedua.

Beliau berkata masalah ekonomi di Amerika Syarikat dan dalam Kesatuan Eropah akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan, walaupun sekiranya mengandaikan mereka berjaya mendapatkan kata sepakat yang diperlukan.

"Singapura terdedah kepada masalah luaran ini, jadi kita perlu bersiap sedia bagi kegawatan di masa depan. Mujurlah Singapura berada di kedudukan yang baik. Kita mempunyai ekonomi yang cergas, rakyat yang bekerja keras dan rizab yang besar yang dibangunkan secara berhemat sejak berdekad yang lampau.

"Ini memberikan kita daya tahan dan sumber untuk mengharungi gelora yang buruk," katanya dalam ucapan beliau di majlis mengangkat sumpah Presiden ketujuh republik itu Dr Tony Tan Keng Yam di Istana, malam Khamis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Taufan Talas Landa Jepun

Artikel Lain