suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taufan Talas Landa Jepun

TOKYO: Taufan Talas yang membawa hujan lebat dan angin kencang melanda barat Jepun pada Sabtu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terkorban dan tiga orang hilang.

Agensi Metereologi negara tersebut melaporkan, angin bertiup kencang selaju 108 kilometer sejam ke arah pantai Pasifik di pulau Shikoku, kira-kira 10 pagi.

Satu mayat wanita dipercayai dalam lingkungan umur 30-an ditemui di sebatang sungai di Tokushima, sebuah bandar besar di Shikoku, menurut pihak berkuasa.

Polis menyatakan 17 orang cedera manakala enam lagi cedera parah ekoran malapetaka itu.

Laporan agensi turut menyebut lebih 300 buah rumah ditenggelami air bah dan beberapa insiden tanah runtuh dilaporkan.

Di pergunungan Nara, kira-kira 400 kilometer ke arah barat Tokyo, lebih 110 cm atau 43 inci air hujan direkodkan sejak Selasa lalu. - AP

Artikel Lain