Ketokohan Najib Terserlah Pada Sidang Kemuncak Apec - Dunia | mStar

Ketokohan Najib Terserlah Pada Sidang Kemuncak Apec

SINGAPURA: Baru lapan bulan Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin kerajaan Malaysia, namun Perdana Menteri Keenam Malaysia itu sudahpun menyerlahkan ketokohannya di peringkat antarabangsa, dengan penguasaan kukuh dalam isu-isu ekonomi dan antarabangsa.

Ramai yang menyifatkan beliau sebagai "Bintang pada Apec".

Pada mesyuarat para pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang baru sahaja berlalu di Singapura, bukan sahaja langkahlangkah berani beliau meliberalisasikan ekonomi Malaysia membuka mata ramai dan disambut baik, Najib turut membuat impak kukuh di kalangan komuniti perniagaan semasa dialog perniagaan Apec.

Pada sidang kemuncak CEO (ketua pegawai eksekutif) Apec yang dihadiri 1,500 pemimpin perniagaan serantau dan antarabangsa, Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei, Datuk Paduka Timothy Ong, yang mempengerusikan dialog itu menyatakan Najib telah "mendapat markah tinggi semasa bersama para perwakilan".

"Penyampaian beliau sangat berkualiti, yakin dan penyampai yang mahir," kata Ong selepas Perdana Menteri menyampaikan pandangan beliau pada dialog yang bertemakan "Adakah Krisis Global Sudah Benarbenar Berakhir?"

"Beliau juga pandai berjenaka," kata Ong mengenai Najib, 56, yang mendapat pendidikan British, anak perdana menteri kedua Malaysia, Tun Razak Hussein, yang menghadiri mesyuarat Apec buat pertama kali sebagai Perdana Menteri.

Pada satu peringkat dialog itu, seorang peserta bertanyakan Najib apa yang membuatkan beliau begitu pasti pakej rangsangannya untuk menghidupkan ekonomi Malaysia, akan berjaya.

Dengan gaya yang begitu yakin dan pendekatan yang tegas, Najib dalam dana suara lembut berkata, "Ya, ia mesti berhasil. Jika tidak, anda tidak akan melihat saya dalam tempoh yang panjang."

Jawapan spontan beliau disambut gelak ketawa daripada beratusratus pemimpin dan ketua peniagaan dan industri yang memenuhi Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Suntec.

Pengerusi Bersama Majlis Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan Presiden Pusat TimurBarat Amerika Syarikat (As) Dr Charles Morrison berkata jelas Najib mendapat tumpuan mendalam di kalangan hadiran yang sukakan tokoh yang yakin, bercitacita tinggi, jujur dan sederhana, yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri.

"Pendeknya, beliau menguasai kelas komunikasi yang berkesan," kata Ong merujuk penyampaian tepat dan jelas Najib.

Morrison berkata Najib mendengar soalan dan menjawabnya dengan mesra dan secara berjenaka.

Apabila Ong bertanyakan semua ahli panel, termasuk Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick, untuk menamatkan penyampaian mereka dengan kenyataan pendek mengenai cara menangani ekonomi global, Najib ringkas berkata, "Di luar, perdagangan bebas, lebih banyak perdagangan bebas dan di peringkat domestik, model ekonomi baharu."

Najib membuat rumusan yang baik apabila para pemimpin 21 negara anggota Asia Pasifik memuktamadkan mesyuarat, perkumpulan itu dengan mengumumkan bahawa untuk merealisasikan perdagangan bebas dan pasaran terbuka, perlu ada model pertumbuhan ekonomi baharu bagi membawa rantau ini dalam ekonomi global Alaf ke-21.

Morrison berkata Perdana Menteri "dilihat sangat selesa dalam kedudukannya sebagai pemimpin."

Sejak mengambil alih jawatan daripada Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri kelima, Najib sudah memancar pada skrin radar komuniti perniagaan, di Malaysia dan antarabangsa.

Komuniti perniagaan memantau rapat reformasi Najib yang berani dan jauh kehadapan meliberalisasikan pelbagai sektor ekonomi domestik, mengeluarkan lesen baharu perbankan untuk syarikat asing, dan memansuhkan peraturan berhubung ekuiti Bumiputera, membuka pasaran Malaysia dan menyediakan rangsangan untuk ekonomi.

Untuk itu, Ong menyifatkan Najib sebagai "reformist", namun apabila ditanya perasaan beliau terhadap gambaran itu, Perdana menteri menjawab "tidak apa", dan menambah itu pendapat peribadi Ong.

Malaysia yang bergantung besar terhadap eksport, teruk terjejas akibat krisis ekonomi dunia, dan berusaha mengeluarkan dirinya daripada belenggu itu.

Kerajaan menganggarkan kadar pertumbuhan negara tahun ini sekitar 2 peratus hingga 3 peratus.

Namun Najib yang juga Menteri Kewangan, memberitahu para peserta dialog Apec, beliau akan berusaha keras untuk memastikan Malaysia mencapai lima peratus pertumbuhan tahun depan, dua peratus lebih tinggi berbanding anggaran awal kerajaan.

Beliau berkata pentadbiran beliau mengumumkan model ekonomi baharu untuk Malaysia menjelang akhir tahun, yang akan mengenal pasti sumbersumber baharu pertumbuhan bagi memastikan negara mencapai kadar pertumbuhan lebih tinggi daripada 3 peratus pasca krisis.

Usaha Malaysia mempromosi dagangan bebas pada Apec ketara semasa Perdana Menteri dan barisan menterinya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut menekankan mengenai pentingnya perdagangan bebas dan adil.

Kedudukan Malaysia diperjelas kepada para pemimpin AS semasa Mustapa dan Husni pada mesyuarat dua hala dengan Wakil Perdagangan Ron Kirk dan Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner, yang mengulangi mesej Perdana Menteri.

AS dipesalahkan kerana menghentikan lebih setahun perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia, dan kini dilihat mengabaikan FTA untuk perikatan ekonomi longgar yang lain di rantau ini.

Najib secara terusterang memberitahu hadirian bahawa beliau sudah bercakap mengenainya secara peribadi dan mahu menyuarakannya secara terbuka apa yang beliau sukakan mengenai Presiden Bush iaitu asar beliau yang "properdagangan bebas".

"Saya berharap mesej yang sama akan diulangi di Singapura dan para pemimpin akan melihat rundingan Pusingan Doha dimuktamadkan tahun depan," kata Perdana Menteri yang menerima tepukan gemuruh di kalangan hadirin. Ulasan beliau itu menjadi tajuk berita portal berita dalam talian dan agensiagensi berita.

Perdana Menteri menunjukkan penguasaan kukuh dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa dan menambah paradigma lama "dikilang di Timur, digunakan di Barat" yang berhasil di Malaysia selama bertahuntahun, tidak lagi praktikal.

Model ekonomi baharu akan lebih berasaskan kepada inovasi, sumbersumber baharu pertumbuhan, perubahan struktural dan pengukuhan permintaan domestik. Obama pula memuji Malaysia kerana berjaya mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau.

Presiden AS itu memperakui peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menanganai keganasan, pangantara dalam menyelesaikan konflik di selatan Filipina, mengekalkan keselamatan di Selat Melaka dan menangani perdagangan manusia.

Keseluruhannya, Malaysia bersedia melangkah ke hadapan, dengan Najib menyediakan rangsangan segar kepimpinan negara dengan langkah berani dan tegas, Malaysia pastinya berada pada radar arena antarabangsa.

Seorang ahli perniagaan terkemuka Malaysia yang meninggalkan Sidang kemuncak CEO selepas Najib menamatkan sesi dialog dipetik sebagai berkata, "Saya bangga kerana Najib ialah Perdana Menteri saya."

Seorang wartawan yang berpejabat di Kuala Lumpur, berkata, "Sekarang, saya dengan bangganya mengumumkan saya adalah rakyat Malaysia."

Sementara itu, Presiden Kuala Lumpur Business Club, Datuk Rohana Tan Sri Mahmood, berkata hadirian juga turut mengambil perhatian terhadap pengetahuan mendalam beliau mengenai kewangan, dengan ramai yang berkata sebagai Menteri Kewangan, "beliau tahu kerjanya."

Permintaan lembut beliau supaya negaranegara berusaha meneruskan perdagangan bebas dan pentingnya memuktamadkan Rundingan Doha, turut diterima baik.

Respons bermakna Najib terhadap faktorfaktor yang diperlukan untuk mencapai tenaga mampam, seperti perdagangan bebas serta model ekonomi baharu, turut menyerlahkan beliau pada perbincangan panel dan tidak raguragu lagi, menjadikan beliau "Bintang Apec" meskipun ia merupakan kehadiran sulungnya selaku Perdana Menteri, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Jangan Politikkan Ibadah Haji

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain