Seorang terbunuh dalam pengeboman kereta di Selatan Thai - Dunia | mStar

Seorang terbunuh dalam pengeboman kereta di Selatan Thai

BANGKOK: Seorang polis sempadan terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kejadian pengeboman kereta di wilayah selatan Thailand yang bergolak, semalam.

Seorang jurucakap tentera Thailand berkata kejadian berlaku pada kirakira pukul 9.30 pagi apabila sebuah trak yang menggunakan nombor pendaftaran palsu meletup di luar sebuah restoran.

Beliau berkata kumpulan pemisah yang bertanggungjawab dalam kejadian itu mensasarkan serangan terhadap tiga anggota polis sempadan yang tiba di tempat kejadian dengan sebuah trak untuk membeli barang di sebuah kedai berhampiran.

"Berat bom itu adalah antara 32 dan 50kg, dan kumpulan pemisah menggunakan walkie talkie untuk mencetuskan letupan, yang mengakibatkan sebuah trak dan kedai berhampiran mengalami kerosakan teruk," katanya.

Polis sempadan berumur 24 tahun terbunuh dalam kejadian itu akibat terbakar seluruh badannya, manakala dua lagi rakannya cedera teruk.

Wilayah bergolak di selatan negara itu sering menjadi sasaran serangan letupan kereta, termasuk satu kejadian di Pattani semalam yang membunuh seorang lelaki, dan seminggu lalu di Narathiwat yang mencederakan 42 orang.

Lebih 3,500 orang terbunuh dalam keganasan harian di selatan Thailand sejak kumpulan pemisah menyambung kempen bersenjata mereka pada Januari 2004 untuk menuntut kemerdekaan bagi wilayah majoriti Muslim yang terdiri daripada Yala, Pattani dan Narathiwat.

Bangkok menghantar lebih 66,000 anggota keselamatan ke wilayah yang bersempadan dengan Malaysia itu, namun ia berhadapan dengan pelbagai kesukaran dalam menghadapi musuh yang menggunakan taktik gerila, pengeboman dan tembakan rambang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain