suria

H1N1: Singapura lapor kematian ke-10

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 43 tahun menjadi mangsa ke10 yang meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) di Singapura.

Wanita itu meninggal dunia di Changi General Hospital hari ini.

Kementerian Kesihatan Singapura berkata wanita itu dihantar ke jabatan kecemasan hospital itu oleh ambulans semalam selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.

Dia yang mempunyai sejarah demam, batuk dan simpton selesema lebih seminggu lepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan disahkan positif H1N1.

Keadaan wanita itu bagaimanapun bertambah teruk dan dia meninggal dunia pagi ini. BERNAMA

Artikel Lain