suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas calon Naib Presiden Palin letak jawatan Gabenor Alaska

WASILLA (Alaska): Bekas calon Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Sarah Palin membuat keputusan mengejutkan semalam - meletakkan jawatan sebagai Gabenor Alaska akhir bulan ini. Keputusan itu dilihat menjejaskan kedudukan Republikan tetapi kemungkinan beliau membuka laluan untuk bertanding jawatan Presiden pada 2012. Palin, 45, dan kakitangannya masih 'merahsiakan' rancangan masa depan beliau sebagai satu misteri. Masih belum jelas sama ada beliau akan kembali kepada kehidupan peribadi ataupun memperkukuhkan asas untuk bertanding jawatan nombor satu White House kelak. Jurucakap Palin, David Murrow berkata: "Beliau mahu berkhidmat kepada masyarakat dari luar kerusi gabenor." Bagaimanapun jurucakap jawatankuasa tindakan politik Palin, And Pam Pryor berkata, pihaknya masih menerima derma menerusi laman web mereka untuk meneruskan cita-cita Palin. Palin akan meletakkan jawatannya secara rasmi pada 26 Julai ini. November lalu, Palin bergandingan dengan calon Republikan, John McCain untuk kerusi Naib Presiden.

Artikel Lain