Sidang Kemuncak Asia Timur bermula di Pattaya - Dunia | mStar

Sidang Kemuncak Asia Timur bermula di Pattaya

PATTAYA: Di tengah-tengah kebimbangan terhadap krisis ekonomi global yang kian buruk dan rali antikerajaan besarbesaran di Bangkok, Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitannya bermula Khamis apabila 16 pemimpin salah satu blok ekonomi yang paling penting bakal bertemu untuk mengukuhkan kerjasama serantau untuk mengharungi krisis global itu.

Sambil menunggu para pemimpin masing-masing untuk tiba di bandaraya peranginan popular ini, kirakira dua jam perjalanan dari Bangkok, para pegawai ekonomi kanan memulakan tanggung jawab menetapkan ajenda bagi sidang kemuncak tiga hari itu.

Walau pun Sidang Kemuncak Asia Timur itu mengalami kelewatan, yang pada mulanya bakal diadakan bersamasama Sidang Kemuncak Asean ke14 di Hua Hin pada akhir Februari, Asean yang dianggotai 10 negara itu boleh mengharapkan hasil yang baik apabila enjin pertumbuhan dunia, China, bakal menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan mereka.

Perdana Menteri China Wen Jiabao akan menandatangani perjanjian itu dengan para pemimpin Asean, yang termasuk Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang bakal membuat kemunculan sulung pada Sidang Kemuncak itu selepas mengambil alih jawatan itu minggu lepas.

China yang mempunyai penduduk yang besar seramai 1.9 bilion dan dan disatukan dengan 560 juta penduduk Asean, FTA itu yang akan berkuatkuasa pada 2010 dijangka mengukuhkan lagi perdagangan sesama mereka, yang dicatatkan AS$230 bilion pada 2008, yang merupakan satu pertumbuhan 14 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Asean turut mendapat rangsangan berikutan pengumuman Duta Jepun ke Thailand Kyoji Komachi bahawa negara itu akan melancarkan satu siri pakej yang menyasarkan negara serantau itu untuk mengharungi krisis ekonomi itu, yang termasuk bantuan pembangunan rasmi AS$20 bilion bagi negara membangun.

Semasa Sidang Kemuncak itu, Asean, China, Korea dan Jepun akan turut mengesahkan cadangan MenteriMenteri Kewangan semasa mesyuarat khas di Phuket pada Februari di mana mereka bersetuju untuk meningkatkan jumlah dana pelbagai pihak di bawah Inisiatif Chiang Mai kepada AS$120 bilion, daripada jumlah awal AS$80 bilion.

Di bawah dana yang disasarkan untuk membantu anggota mengharungi krisis itu, negara Asean akan menyumbang AS$24 bilion atau 20 peratus daripada keseluruhan jumlahnya, manakala China, Jepun dan Korea akan berkogsi bakinya.

Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand bersetuju untuk menyumbang AS$3.4 bilion setiap satu kepada dana itu manakala baki lima negara lain Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam akan menyumbang 5.0 peratus rizab masing-masing kepada inisiatif itu.

Dengan mengambil kira rangsangan yang bakal diperolehi, tuan rumah Thailand sedang bergelut untuk memastikan tetamu asing, yang termasuk Perdana Menteri China, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand, bahawa adalah selamat untuk menghadiri sidang itu walau pun lebih 100,000 perusuh antikerajaan di Bangkok memberi kata dua kepada Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva supaya meletak jawatan.

India bakal diwakili Menteri Perdagangan dan Industri Kamal Nath.

Abhisit yang berumur 44 tahun, yang mengambil alih jawatan itu pada Disember selepas sekutu Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan dilucutkan jawatan oleh mahkamah, memberitahu stesen Channel 9 pada sebelah pagi bahawa beliau tiada rancangan untuk tunduk kepada permintaan perusuh itu.

"Tentera merah" Thaksin itu telah mengepung pejabat Abhisit sejak 26 Mac dan melumpuhkan sebahagian besar ibu negara itu sejak Rabu dalam satu perbuatan menunjukkan kekuatan terhadap kerajaan.

Rombongan berkereta Abhisit telah diserang oleh perusuh di Pattaya dua hari lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asean Kementerian Luar Thai Vitavas Srivihok berkata, selain krisis ekonomi, para pemimpin berkenaan akan turut membincangkan mengenai keselamatan makanan dan biotenaga, pengurusan malapetaka dan peraturan saling pengiktirafan terhadap amalan pengeluaran yang baik produk perubatan.

Pada Ahad, Setiausaha Agung Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) Ban KiMoon akan menghadiri Sidang Kemuncak AseanPBB di Bangkok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain