suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudahlah rompak, lelaki sempat raba pemilik kedai

Suspek merompak seorang pemilik kedai. foto anantarak27 / Thai Special Forces

SEORANG individu bukan sahaja merompak, malah melakukan gangguan seksual terhadap seorang pemilik kedai.

Susulan kejadian itu, suspek kini menjadi buruan polis.

Aksi tidak senonoh itu dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular dimedia sosial.

Dalam rakaman tersebut, suspek dilihat memakai jaket berwarna hitam dan memakai topi keledar telah meletakkan motosikalnya diluar kedai.

Suspek kemudian memasuki kedai tersebut lalu mengancam mangsa yang berusia 19 tahun dengan mengacukan sepucuk pistol.

Menurut pihak polis, suspek merompak kesemua wang tunai sebelum melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang merupakan pemilik kedai.

Mangsa dan ibunya menyewa sebuah rumah untuk mereka mengusahakan kedai di wilayah Nakhon Thammarat, Thailand. - THAIGER

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain