suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miliki wajah mirip Ronaldo, pemuda ini akui jadi kegilaan ramai wanita

Bewar mengakui bahawa dirinya memiliki wajah seiras bintang bola sepak itu.

SEORANG lelaki mengakui dirinya memiliki wajah seiras bekas pemain Machester United, Cristiano Ronaldo.

Bewar Abdullah berasal dari Birmingham bukan sahaja mendapat jemputan untuk parti kanak-kanak gara-gara wajahnya mirip Ronaldo, tetapi dia juga mendapat perhatian dalam kalangan wanita.

“Ramai orang mendekati saya dan meminta ambil gambar dan video.

"Mereka menjerit 'Ronaldo!’ apabila melihat saya,” ujarnya.

Jejaka yang berasal dari Kurdistan itu berpindah ke United Kingdom pada 2019.

“Hidup saya berubah. Ramai orang suka saya di sini. Saya rasa saya tergolong dalam orang-orang diperhatikan.

“Peminat fikir kami seperti epal yang dibelah dua, kerana kami kelihatan sangat serupa,” katanya lagi.

Doppelgänger berusia 28 tahun itu mengakui bahawa wanita merayu untuk pergi ‘dating’ dengannya.

Disebabkan persamaannya dengan Ronaldo, Bewar menjadi tular di TikTok, di mana dia mempunyai 1.4 juta pengikut.

Dalam satu video, dia menunjukkan dirinya memegang topeng muka Ronaldo ke mukanya sendiri sebelum mengalihkannya ke tepi dan mendedahkan betapa kedua-duanya serupa antara satu sama lain.

Warganet terus membanjiri ruangan komen, terkejut dengan betapa Bewar kelihatan seperti Ronaldo. -New York Post

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain