suria

Abang, adik angkat pilih untuk kahwin... Akui wujud rasa janggal tapi teruskan hubungan kerana cinta

Kecaman tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk berkahwin.

WALAUPUN pernah tinggal sebumbung sebagai adik dan abang angkat, Matidla Eriksson dan Samuli Eriksson melangsungkan perkahwinan mereka di Helsinki, Finland awal tahun ini.

Pasangan itu telah bersama sejak Mei 2021 dan mengakui menerima banyak tohmahan dari rakan-rakan ketika mereka mula bercinta.

Tetapi itu tidak menghalang mereka untuk bertunang pada Oktober tahun lalu dan mengatakan hubungan itu telah direstui ibu bapanya.

"Ibu bapa kami sangat berbangga dengan kami sejak kami mula bersama," kata Matilda.

Mereka membuat beberapa hantaran video pendek di TikTok mengenai hubungan mereka yang melanggar norma itu dan telah menerima kecaman bertali-arus.

Sebagai tindak balas, mereka memuat naik video mereka berbulan madu yang penuh romantik di platform media sosial.

"Setiap kali kami berbual, kami dapat berasakan seperti ada tarikan magnetik dan 'good chemistry' di antara kami.

"Pada tahun 2021, kami mula keluar bersama dengan lebih kerap tetapi pada mulanya hanya sebagai adik angkat dan kawan," ujar Matilda.

Matilda sedar ia berasa janggal pada mulanya tetapi mengatakan perasaan kasih sayang di antara mereka itu terlampau kuat. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain