suria

Dikurung dalam rumah kerana Covid-19, wanita nekad lompat dari tingkat 12 untuk keluar

Antara pintu-pintu pangsapuri yang telah dipalang untuk menghalang penduduk keluar.

SEORANG wanita mengalami tekanan mental selepas dikurung dalam pangsapuri miliknya tanpa dibenarkan keluar walau sehari.

Prosedur zalim untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di Honhot, Mongolia itu dipercayai bermula sejak September lalu selepas kes varian Omicron dikesan.

Pada November 4, wanita itu yang dikenali sebagai Mrs Wang melompat keluar dari tingkap bilik tidurnya untuk membunuh diri.

Anaknya ada memberitahu kepada pengurus pangsapuri tentang keadaan ibunya yang mengalami gangguan mental dan memerlukan bantuan tetapi tidak dihiraukan.

Mrs Wang dikatakan telah melalui serangan gangguan kebimbangan (anxiety attack) sejak 2019 dan telah diberikan ubatan penenang.

Sebaik sahaja kejadian itu berlaku, kedengaran si anak meraung dan merayu kepada pihak berkuasa tempatan daripada sebalik pintu untuk membenarkannya keluar.

"Buka pintu ini, buka pintu ini! Saya merayu, tolong," kedengaran rayuan si anak melalui satu audio yang tular di wilayah berkenaan.

Selepas dibenarkan keluar, dia terus bergegas ke jasad ibunya yang terbaring kaku di atas jalan.

Kejadian itu mengundang kemarahan warga maya di sana yang mempersoalkan mengapa penduduk boleh dikurung seperti itu, pelanggaran hak asasi manusia. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain