suria

Lelaki 54 tahun meninggal dunia kerana tercekik makanan, tak sempat jalani ibadah puasa

Mangsa meninggal dunia pada petang Selasa akibat tercekik makanan. (Gambar Hiasan)

SEORANG lelaki beragama Islam dari Fair Lawn, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia sehari sebelum awal Ramadan kerana tercekik makanan.

Pihak berkuasa tidak dapat memaklumkan jenis makanan yang menjadi punca, namun mereka menerima panggilan kecemasan dari sebuah kediaman di 20th Street kira-kira 4.30 petang, Selasa.

Pejabat Pendakwa Daerah Bergen telah dimaklumkan dan Pemeriksa Perubatan Daerah telah diminta untuk menjalankan siasatan.

Di AS, Ramadan bermula pada hari Rabu, 22 Mac, dan kemuncaknya merupakan sambutan Aidilfitri yang dijangka diraikan pada 21 April. - Daily Voice.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain