Peluang Pembiayaan Sehingga RM1 Juta Kepada Pemenang Biz Challenge 2016 - Niaga | mStar

Peluang Pembiayaan Sehingga RM1 Juta Kepada Pemenang Biz Challenge 2016

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 6:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menawarkan peluang pembiayaan perniagaan sehingga RM1 juta melalui skim Prosper kepada pemenang pertandingan 'Biz Challenge' 2016 edisi ketiga yang bermula pada 11 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PUNB, Datuk Dzulkifli Fadzilah berkata selain memenangi hadiah wang tunai berbentuk geran, sokongan peluang pembiayaan yang disediakan PUNB itu membolehkan perniagaan mereka berkembang di samping meningkatkan keupayaan serta daya saing sedia ada.

"Edisi kali ini memberi fokus kepada perniagaan bidang peruncitan yang inovatif, kreatif dan telah beroperasi selama satu tahun atau lebih," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Sementara itu, Pengerusi Biz Challenge 2016, Abdul Jammi Abdul Karim, yang juga Timbalan CEO PUNB, berkata pertandingan kali ini mensasarkan 500 penyertaan berbanding 297 pada 2012 dan 248 penyertaan pada 2013.

'Biz Challenge' terbuka kepada usahawan muda berusia 18 hingga 33 tahun, mempunyai perniagaan dengan rekod transaksi, berdaya maju, patuh syariah dan beroperasi sekurang-kurangnya setahun.

Penyertaan boleh dihantar melalui emel ke bizchallenge@punb.com.my atau kepada Sekretariat Biz Challenge 2016, PUNB, Blok 1B, Plaza Sentral, 50470 Kuala Lumpur sebelum 6 petang, 30 Jun ini.

Maklumat lanjut boleh dilayari di www.punb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di 1-300-13-7862.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: PUNB , Biz Challenge 2016
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan